Ramai yang tanya saya soalan yang sama.

"Betul ke Muslim friendly? Ada lelaki ajnabi tak? Campur dengan keluarga lain?"

Saya faham kenapa mereka tanya. Sebab kebanyakan farmstay di Malaysia — walaupun label diri Muslim friendly — masih ada ruang yang dikongsi, tetamu lain yang tak dikenali, dan kolam yang sesiapa boleh masuk bila-bila masa.

ELMA Farmstay bukan macam tu.


Apa Maksud "Muslim Friendly" di ELMA

Bukan sekadar tiada alkohol.

ELMA hanya terima tetamu Muslim. Bukan policy ikut-ikutan — tapi keputusan dari awal yang kami pegang sampai sekarang.

Maknanya bila anda masuk dapur ELMA, anda boleh guna semua peralatan dengan yakin. Pinggan, mangkuk, periuk, kuali — semua tu hanya pernah digunakan oleh tetamu Muslim. Cawan yang anda guna untuk kopi pagi tu — hanya pernah diisi dengan minuman yang halal.

Ini bukan sesuatu yang ramai farmstay boleh kata dengan yakin. Kalau tetamu bercampur, anda tak tahu sejarah peralatan tu. Di ELMA, saya tahu — sebab saya yang jaga dari hari pertama.

Tempahan dibuka untuk satu keluarga atau satu kumpulan pada satu masa. Minimum 6 pax, maksimum 18 pax. Masa tu, ELMA Farmstay adalah milik anda sepenuhnya.


Natural Pool Tanpa Klorin — Selamat untuk Anak

Ini yang paling ramai orang tertanya-tanya.

Kolam kami guna sistem bog filter — sistem penapisan air semula jadi menggunakan tumbuhan dan batu. ZERO klorin. Air kolam ditapis secara biologi, bukan kimia.

Maknanya anak-anak boleh berendam lama tanpa kulit gatal. Mata tak pedih. Rambut tak kering dan berbau.

Saya tengok anak-anak tetamu kami main dalam kolam dari pagi sampai petang. Tak mahu keluar. Mak bapak pun duduk tepi kolam batu, buat kopi, tengok anak main.

Tu lah yang saya nak. Bukan entertainment yang complicated. Just space yang selamat dan tenang.


Lebih dari Sekadar Kolam

ELMA bukan resort. Bukan glamping dengan khemah mewah.

Kami ada kebun sayuran berlabel — anak-anak boleh tengok dan sentuh tanaman sebenar. Kami ada reban ayam — pagi-pagi boleh kutip telur sendiri. Kami ada ruang terbuka untuk anak berlari, main tanah, explore.

Satu keluarga datang bulan lepas. Anak sulung mereka, 7 tahun, tak nak pegang ayam. Takut.

Tapi selepas setengah jam jalan-jalan tengok reban, dia mula bagi makan sendiri. Sebelum balik, dia dah angkat ayam dalam tangan. Dia yang tak mahu balik.

Benda macam ni tak boleh beli di mana-mana.


Lokasi — 20 Minit dari Shah Alam

Ramai sangka Klang jauh. Sebenarnya tak.

Dari Shah Alam — 20 minit.
Dari Subang — 25 minit.
Dari KL Sentral — dalam 40 minit.
Dari Putrajaya — 35 minit.

ELMA Farmstay terletak di Kg Rantau Panjang, Klang, Selangor. Kawasan yang masih hijau, jalan kampung, bunyi burung. Rasa macam jauh — tapi sebenarnya dekat je.


Kenapa ELMA Lain dari Farmstay Lain di Selangor

Saya bukan cakap ELMA terbaik. Saya cakap ELMA berbeza.

Kebanyakan farmstay di Selangor:

Di ELMA:


Kapasiti: 618 pax (eksklusif)

Lokasi: Kg Rantau Panjang, Klang, Selangor

Jarak: 20 minit dari Shah Alam

Harga: Mulai RM600/malam

Ketersediaan: Weekend biasanya book cepat — disarankan tempah 23 minggu awal

WhatsApp saya terus. Saya reply sendiri — bukan agen, bukan sistem auto. Kalau anda nak tahu tarikh yang available, atau nak tanya tentang tempat sebelum buat keputusan — just tanya.

WhatsApp ELMA Farmstay